Saturday 4 April 2015

CaRa teRbAik mEngAwaL EmOsi DaN PeRasAaN

assalamualaikum...

Adakalanya kita gagal untuk mengawal emosi dan perasaan kerana masalah yang timbul. Perasaan seperti serba salah, takut dan rasa tidak sedap hati yang berterusan akan menyebabkan anda merasa duka. Oleh itu, anda akan gagal mengawal diri. Memang wajar sebagai manusia untuk beremosi kerana kita mempunyai perasaan, namun ia bukan lah cara yang baik dan tidak akan menyelesaikan masalah. Ini adalah beberapa cara yang kita bole buat untuk megawal emosi tersebut.

1. Istighfar dan selawat
Kita selalu diingatkan untuk selalu beristighfar dan berselawat kerana ia akan memberi kebaikan kepada diri kira. Ucapkan selawat dan istighfar dalam sehari dengan itu hati akan menjadi tenang, damai dan terasa mempunyai harapan untuk menghadapi masa yang akan datang. Sukar untuk diungkapkan kata-kata, tetapi setelah mengamalkannya ramai yang boleh mengawal emosi serta perasaan. Selalu ada harapan bagi yang berusaha oleh itu cubalah buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada diri anda sendiri.

2. Mengawal minda
Sebagai langkah untuk mengawal emosi, kita mestilah mengawal minda terlebih dahulu. Emosi datang daripada minda separa sedar oleh itu kita hendak bijak mengawalnya. Untuk mengawal minda separa sedar, kita perlu mencari ketenangan kita sendiri seperti mendiamkan diri dan bertenang. kita boleh lakukannya paling kurang 10 minit dalam masa sehari. Carilah tempat yang tenang dan jauh dari gangguan oleh itu maka kita akan merasa lebih tenang dan selesa. Cara yang terbaik adalah berzikir untuk menenangkan hati dan terlepas dari segala kegelisahan emosi.

3. Kawal apa yang kita katakan dan fikirkan
Apabila kita melihat perangai orang lain, kata yang diungkapkan mereka dan apa sahaja kita cuma perlu fokus tergadap nilai-nilai positif. Hanya fokus kepada kebaikan, bukan keburukan. Hal ini dapat melatih minda separa sedar kita untuk menjadi lebih positif dalam menghadapi sebarang situasi. Berprasangka baiklah dengan orang sekeliling kerana ia merupakan cara yang baik untuk terus hidup positif.

apa yang mawar harapkn adalh tips2 nie akn berkesan dam membantu yang lain yg mpunyai mslh yg sama...

Tuesday 7 October 2014

Dia



rasa kelakar
bila ingat seseorang,
yang tak pasti bila,
tapi yang pasti bila orang
tu,
usik hati,cuit hati dan blah
berlalu.
diam saja taknak kata apa,
rasa kelakar bila hati,
nak delete selalu supaya,
taknak ingat hal lalu.
tak matang kata orang tu
pada aku,
bengong sekejap,
fikir apa yang nak buat,
untuk hal akan datang,
delete je husna,
ada rezeki kau nanti....

Wednesday 13 August 2014

DON'T BE SAD

Assalamualaikum...lma dh x update ape2 kt blog..fuhh..berhabuk...Don't be sad, ALLAH SWT is here...
Manusia tidak pernh lari dari ujian..dan ujian itu adlah satu daripada sifat keimanan kita...
dan tipu jika kita tidak merasakn apa2 disaat ujian hadir...
ya setiap manusia diberi ujian yg berbeza...itu bukan bermakna kasih sayng ALLH SWT itu berbeza...
tidak ,ALLAH SWT memilih dan memberi ujian krn ALLH SWT tahu apa yg terbaik utk kita...

Bgi aku ujian yg terbesar aku hadapi adlh permegian ayahanda tercinta...bukan mudah utk aku bangkit
dan meneruskan hidup aku yg skrg...kdgkala aku myorok dan cuba utk mnyembuyikn air mata dari pndngan org lain...
pernh satu ketika aku hanya mmpu tersnyum bila org bertanyakn persaan aku ketika itu....dan pernah satu ketika air mata ini
mengalir bila aku terbampak ibu atau ayah budak lain dtg mengmbil ank mereka dri sekolah...jelas aku cemburu dan rindu pada
ayah aku...aku beruntung ada kwn yg sgt memahami aku ketika tu..fathin prnh ckp yg aku nie orgnya kuat...dan kata2 dia yg plg aku xbole lupa adalh " setiap dugaan yg datang ada hikmahnya, bersbar, kau kene sll berdoa spy ayah kau ditmptkn diklgn org2 yg beriman, jgn nagis..." dan aku sll pegang kata2 dia..dan alhamdullillh smuanya dipermudahkn...


"Sebenarnya sgt untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan itulah yang terbaik!"





Thursday 27 February 2014

ANDAI HATIKU BERSUARA

Oh Tuhan, berikanlah aku, Kekuatan menempuhi dugaanMu, Aku percaya ada hikmahnya, Di setiap dugaan yang ku terima. Andainya hatiku bersuara, Pastinya ia akan berkata, Cukuplah sayang aku tidak berdaya, Mengharungi segala sengsara. Berapa kali harus aku terluka, Barulah kan ku sedar, Cintaku tidak layak untuk dirinya, Mengapa masih aku setia disisinya, Tidak ku mengerti, tidak ku fahami. Seperti insan biasa ku ingin bahagia, Menyintai dan dicintai tiada duanya, Andai terlampau permintaanku ini, Maafkanlah kasih.

Saturday 31 August 2013

AKU DAN KAU......

Aku selalu memerhatkan kau... didalam kelas... berada jauh dibelakang kau... hanya aku mampu melihat susuk tubuh kau dari arah belakang... sukar untuk aku nyatakn apa yang harus aku katakan... mencuri pandang kearahmu agar pandangan mataku tidak diketahui orang lain... tatkala mata kita bertentangan... aku hanya mampu tunduk ke bawah... cuba untuk mengusirkan degup rasa denyutan jantung semakin tidak berima lagaknya... puas aku lontarkan pandangan ke rah lain.... agar kau tidak mengetahui rasa hati aku... tika kau bergelak ketawa dengan temanmu... makin deras denyutan ini.. makin galak nafasku... sesekali kau pandangan kau dan aku bertemu... sesekali senyuman terbit jauh di bibirmu...sesekali itu aku makin rasakn cinta untukmu... melihat kau di hujung pintu kelas.. ingin sekali aku menyapamu.. bertegur denganmu.... semakin dekat langkah kaki menghayun ke arahmu.. semakin aku takut untuk bertegur denganmu... akhirnya...hanya senyuman yang dapat ku berikan... menongkah dagu di meja... memerhatikan kau... aku mula memasang impian yang pastinya tidak akan menjadi kenyataan.... n

Friday 16 August 2013

RAYA OH RAYA

assalamualaikum...sprti yg diktahui raya dah nk hmpir 2 mggu..bru aku terhegeh2 nk wat entry..maafkan beta..haha... aku sbnrnye xtaw nk citer pe... tgk jela gmbr raya....hehe.... dari kiri: my mak, along aku, ofcoz me n angah aku p/s:mood raya n cuti masih ade....

Friday 19 July 2013

assalamualaikum,,,,huhu...stlh puas mnelaah dan otak aku kin kehausan gara2 mggu exam...akhirnya..dpt jgk aku slsaikn exam yg cucah cangat tu....skrg nie aku tgh cuti sem..cuti pon xlama adlh sbln lbh jer..haha..smlm mmbr aku ajk bbuka pose bsma2 stlh lama xjmpe....plan asalnyer aku ingt nk pergi la..last2 it come out with another plan..tpksa batalkn...sedih plak mgenangkn bila lg nk jmpe smua..bkn sll..smua msg2 dah haluan sndiri..hurmm entahla...aku harap dapat jumpe dieorg lg.... p/s: SELAMAT BERPUASA.....