Saturday 4 April 2015

CaRa teRbAik mEngAwaL EmOsi DaN PeRasAaN

assalamualaikum...

Adakalanya kita gagal untuk mengawal emosi dan perasaan kerana masalah yang timbul. Perasaan seperti serba salah, takut dan rasa tidak sedap hati yang berterusan akan menyebabkan anda merasa duka. Oleh itu, anda akan gagal mengawal diri. Memang wajar sebagai manusia untuk beremosi kerana kita mempunyai perasaan, namun ia bukan lah cara yang baik dan tidak akan menyelesaikan masalah. Ini adalah beberapa cara yang kita bole buat untuk megawal emosi tersebut.

1. Istighfar dan selawat
Kita selalu diingatkan untuk selalu beristighfar dan berselawat kerana ia akan memberi kebaikan kepada diri kira. Ucapkan selawat dan istighfar dalam sehari dengan itu hati akan menjadi tenang, damai dan terasa mempunyai harapan untuk menghadapi masa yang akan datang. Sukar untuk diungkapkan kata-kata, tetapi setelah mengamalkannya ramai yang boleh mengawal emosi serta perasaan. Selalu ada harapan bagi yang berusaha oleh itu cubalah buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada diri anda sendiri.

2. Mengawal minda
Sebagai langkah untuk mengawal emosi, kita mestilah mengawal minda terlebih dahulu. Emosi datang daripada minda separa sedar oleh itu kita hendak bijak mengawalnya. Untuk mengawal minda separa sedar, kita perlu mencari ketenangan kita sendiri seperti mendiamkan diri dan bertenang. kita boleh lakukannya paling kurang 10 minit dalam masa sehari. Carilah tempat yang tenang dan jauh dari gangguan oleh itu maka kita akan merasa lebih tenang dan selesa. Cara yang terbaik adalah berzikir untuk menenangkan hati dan terlepas dari segala kegelisahan emosi.

3. Kawal apa yang kita katakan dan fikirkan
Apabila kita melihat perangai orang lain, kata yang diungkapkan mereka dan apa sahaja kita cuma perlu fokus tergadap nilai-nilai positif. Hanya fokus kepada kebaikan, bukan keburukan. Hal ini dapat melatih minda separa sedar kita untuk menjadi lebih positif dalam menghadapi sebarang situasi. Berprasangka baiklah dengan orang sekeliling kerana ia merupakan cara yang baik untuk terus hidup positif.

apa yang mawar harapkn adalh tips2 nie akn berkesan dam membantu yang lain yg mpunyai mslh yg sama...